Wednesday, January 26, 2011

916: lanjutan cerita

"Err begini rukyah. Biarlah saya berterus terang dengan kamu.Sebenarnya,barang-barang kemas yang saya pinjamkan kamu ini, bukanlah
barang barang kemas tulin.Semuanya emas celup. Saya beli satu set ni pun tak sampai lima ratus ringgit.Saya minta maaflah kerana tidak terus terang dengan kamu.Tapi tak kisahlah kan?Tak ada orang pun yang mengesyak barang barang ni semua bukan dari jenis emas 916.Emas tulin!Kamu sendiri tidak dapat melihat perbezaanya, bukan?"
Sejenak itu pandangan Rukyah menjadi kelam.Kepalanya menoneng. Fikirannya melayang-layang.Badannya terasa panas.Nafasnya menjadi lemas.Kakinya terus kebas.Pada saat itu juga Rukyah terus rebah ke lantai.
"Ya, Allah! Rukyah!Rukyah!Kenapa, ni? Rukyah!Rukyah, bangun Rukyah!Kamu pengsan ke?Rukyah, bangun, Rukyah! Rukyaaaaaaaahh!"'


Lanjutan saya: Sejam kemudian, Jasin terdengar suara panggilan untuknya dari bilik tidurnya. Rupa-rupanya, Rukyah yang sedang memanggilnya. Setelah pengsan tadi, Rukyah diangkat oleh Jasin ke dalam bilik tidurnya supaya dia boleh berehat. Itulah yang diceritakan oleh Jasin kepada Rukyah. Setelah itu, Rukyah bertanya sebabnya dia pengsan dan apabila Jasin beritahunya, barulah Rukyah ingat tentang emas 916 itu. Dia pun menangis teresak-esak. Dia terasa sedih kerana telah mengalami banyak masalah hanya untuk membeli barang-barang kemas tulin 916 berharga sepuluh ribu ringgit untuk mengganti barang-barang kemas celup dihilangkannya yang hanya berharga kurang dari lima ratus ringgit. Mereka meutuskan untuk meminta bantuan dari Puan dan Tuan Sri. Mereka memberitahu Tuan dan Puan Sri tentang segala yang telah berlaku dan cobaan yang tela menimpa mereka. Dengan simpati, Puan Sri yang baik hati itu memulangkan barang kemas 916 itu dengan ikhlas kepada Rukyah dan menyuruhnya untuk menggadai emas itu supaya mendapat duit untuk membantu membayar hutang berat mereka kepada Wak Darman. Mereka pun mengikuti arahan Puan Sri. Walaupun duit dari gadaian emas itu tidak mencukupi sepuluh ribu ringgit untuk membayar hutang, mereka hampir juga dapat membayarnya. Kini, Jasin dan Rukyah masih lagi bekerja untuk Tuan dan Puan Sri. Kerana apa yang telah berlaku, mereka berjanji untuk jangan menipu orang lagi. Jikalau Puan dan Tuan Sri tidak mahu menolong mereka, pasti masalah ini masih tidak akan diselesai...



.............................................................SELESAI...................................................

No comments:

Post a Comment