Tuesday, January 18, 2011

Renungan O'level

Seorang pelajar lelaki bernama Muhd Amirul Haqim telah mendapati 9 A1 dan yang mengagumkannya ialah salah satu subjek yang telah dia mendapati A1 adalah bukan bahasa ibundanya iaiti Bahasa Cina. Muhd Amirul Haqim berusia 16 tahun muncul sebagai pelajar Melayu terbaik dalam sekolahnya, Sekolah Victoria. Dia berkongsi strateginya untuk menjadi cemerlang. Dia berkata bahawa dia bertutur kata dengan adik-adiknya dalam Bahasa Cina dan ini dapat meningkatkannya.

Artikel ini menarik perhatian saya kerana pelajar yang terbaik ini adalah pelajar Melayu. Ini memberi motivasi kepadaku dan dapat saya berfikir bahawa pelajar Melayu juga boleh berjaya dan saya berharap untuk menjadi pelajar yang terbaik dalam GCE O'Level tahun depan. Pelajaran yang saya dapat dari artikel ini ialah untuk membuat persiapan siang dan belajar bersungguh walaupun peperiksaan masih lagi jauh kerana ini akan menyediakan kami untuk peperiksaan susah yang akan datang. Walaupun susah tetapi jika kita fokus dalam pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh, kita akan berjaya dalam kehidupan. Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment