Wednesday, January 26, 2011

Nasi Goreng

Pada mulanya, saya menganggapi bahawa nasi goreng adalah masakan buatan Melayu dan hanya kebanyakan orang Melayu sahaja yang berminat memakan nasi goreng ini. Saya juga berfikir bahawa daging adalah bukan salah satu bahan-bahannya dan hanya nasi dan minyak goreng adalah bahan utamanya.

 Selepas membaca informasi tentag asal-usul nasi goreng di pautan yang diberikan, barulah saya tahu bahawa Nasi Goreng bukan masakan buatan Melayu tetapi sebaliknya, ia masakan buatan Tionghoa. Orang Tionghoa menciptakan masakan ini kerana sifat mereka yang tidak suka membuang nasi dingin jadi mereka menggoreng nasi itu supaya dapat dihidangkan.  Bukan sahaja orang Melayu meminati masakan ini tetapi ia  juga adalah masakan khas Indonesia.

Pada pendapt saya, Nasi Goreng ini juga boleh dianggapi Masakan Tradisional Melayu kerana nasi adalah makanan utama orang-orang Melayu dan juga bahan-bahan yang digunakan dalam masakan Nasi Goreng diminati banyak orang Melayu.

No comments:

Post a Comment